Dec 14, 2014

Memori 2014

Assalamualaikum..

Sambil layan lagu Colbie Caillat-I Never Told You,Kiki nekad nak habiskan entri terakhir untuk tahun 2014 ni.Yang mana ini adalah entri terpanjang yang akan dikarang.Xixi..Yela daripada tak da pastu tup tup je dah masuk tahun 2015 kan?

Hurmm..cerite Kiki takdela gempak bebenor.Sekadar summary je..Jum! Rock and roll.Reunion dengan rakan sekolej,makan Authentic Chicken Rice paling sedap di dunia setakat ni sambil belek-belek buku skrap yang Mohd Hafiz a.k.a Adol buatkan cukupla sekadar menimbau memori.Hahaha..lelaki buat buku skrap ko hade? Pastuh jejalan lagi jelajah Kuching Sarawak pekena plak burger sedap-sedap kat Gim's Burger.(cer taip kat fb search.Jumpa punya) dan inilah gambar kenang-kenangan kami.


Eheh! Bab kerjaya aku pulak baru je officially jadi staff Almas dan yeah aku kerja di Butik you!Ini gambar pertamaku yang mana tiada siapa mengenali.Bahaha ! Mua Hana Bakri.She's very talented,humble,funny n cerobeh..hahahaha..

Muka Original hari-hari rakan sekerja dok hadap sebelah mata sebab muka macam orang belum mandi...

Dan muka palsu tertiba jadi seperti kulit majalah Hijabista . *seramnya statement

Mase ni aku dah start jugak buka satu online bisnes iaitu aku nak jual kek lapis.Tapi tak laku sebab aku pemalas nak promote! Kah kah kah.Ok,bisnes ni lungkup walau aku tak rugi 1 sen tun..siyes 1 sen tak rugi tapi dah rugi masa sebab aku dah edit cecantik kau gambar,dan buat ig,order form semua bagai.Ok bukan rezeki aku.Fine.

Lepas tu ape lagi yang jadik ae? Aku kerja-kerja dan kerja sampailah tiba nak bukan puasa.Phewww!! punyalah cepat masa berlalu tidakku terasa kau tahu?


 Jadi pengikut bos untuk acara rasmi seperti menghadiri majlis bebuka puasa anak-anak yatim yang mana aku sibuk pesta makan padahal bos mengahrapkan aku berkenal-kenalan dengan para wartawan yang mana aku tak kuasa lalu aku sumbatkan mulutku penuh dengan kambing golek.Sorry bos.Ingatkan betul-betul nak majoh..haha..

 Menganjurkan Almas Fashion Week yang amat berprestis bagi orang-orang macam aku.Satelkan contest pencarian puteri Almas dan segala bagai.Best! Cuma kena kuat dan lebih well management lain kali.Fuih!

Moment paling best sarungkan crown yang aku beli dan sashes yang direka khas oleh aku dan apek jual baju sport.Gantikan bos yang masuk hospital..hahaha.. 


Tengok booth cookies aku.Ya aku masih tak putus asa.Aku join jugak bukak booth cookies,kumpul cookies kawan-kawan aku jual.Ambik upah seringgit dua jadilah.Cupcakes pun RM 1 kau tahu.Siap jual makanan tradisional Cina lagi.So much story to be told tapi nanti panjang pulak entri aku.Cukuplah aku berbangga menyatakan bahawa aku berjaya bayar gaji depa ni semua dengan harga yang tinggi walau hanya berkerja untuk kurang dari 2 minggu.Jojoi paling tak munasabah siap mintak cuti kaw.Cis! Geram betul.Keuntungan aku pulak sampai aku dapat spon semua orang beli baju raya dan flight ke Senanjung.Yiha !

Mase ni aku tukar lagi nama company.Sweet Chef.Dah siap design dah sebab pakwe aku..Acewah.dia pandai edit-edit ni just malas je nak asah bakat nya bebenor.Tak sempat launching brand tu kami tukar pulak ke brand Project Kuih..alahai senang dikenali.Coret Project Kuih kite cerita entri lain yea.

Kita beralih kepada cerita-cerita kahwin rakan sekolah.Rakan sekolah aku yang kawin setakat ni close tahun ni 3 orang.Yang lain dah lame kahwin ghoper nyer..kih kih 

Ops! pic wedding rakan sekerja my Borb..

ok ok..
ni kawan ai
 Wedding erah yang very the pinky dan 1st time bersua muka balek dengan depa.Wordless nak cakap ape tapi on je.geng geng.. dari kiri Fredda,aku yang comel,pengantinya Erah,Hasimah & Intan.

Pastuh giliran Intan pulak dengan Mr.Rugby nya..phewitt !! lagi ramai kawan lagi gilos!
Dari kiri lagi : Freda,Ida,Dila,Mr,Rugby,belakang tak kenal,Mrs Rugby,Erah dah 5 bulan pregnant,Ina,aku,ct,mija & Tikot..siap!

Pic fresh from memorycard cam,Tikot pulok yang menikoh.Pic taken time malam berinai.Orang Sarawak panggil malam belulur yang mana pengantin bertukar-tukar baju macam buat fashion show.Confirm penat tak terkira.Well tahniah wat yang dah menikoh..cecepat lah ade anak yea!

Ok.Ape lagi yea? 

Oh yea,aku p Senanjung.Holiday Marathon KL-PAHANG-IPOH-MELAKA-KL


G kenduri kahwin kat Pahang best.Makanan semua sedap.Makseh Nia serta keluarga,sudi layan aku dan En Borb skuarga 1st class.Homestay terbaeklah kat Bandar Putra,Kuantan.

P Ipoh naik tren syok oo,tambah lagi Kak Cik dan bala tenteranya masak fusyiohh,sampai tak ingat aku ni ghumah orang.Masakan korang bessssttt !!

Melaka pulak,shopping sensorang jadila hoi ! Demi mencari Cafe Selera Kampung nak makan Asam Pedas,naik bus sesat takpa,Malaysia ni selamat.Alhamdulillah,pusing-pusing Dataran Bangunan Merah awalah tak bumped dengan si cantik Indah Nada Puspita..Ingin sekali ya ketemu ama kamu.Kamu imuttt cantik bangat!

 Kadang aku buat talk.

Asas pembinaan blog yang mana disediakan buku nota dan tips-tips daripada aku.Aku pun masih belajar.Yang ni talk untuk Ayu and team Shaklee dia.Aku sekarang berjaya sungguh dengan perniagaan Shaklee dia.Nak pergi umrah tak lama lagi.Nak selit doalah.Hehe.

Buat bengkel tudung.Ekceli bos aku yang sentkan aku ni.Aku adela pandai sikit-sikit.Aja pun cukup-cukup je 2 jam..hehe

 Sebagai pengasas Projek Kuih di bawah naungan lesen mak yang tercinta aku mestilah gigih walau macam merangkak.i work 7 days a week ok.Demi kerjaya dan empayar kecil ai ni.Wang pencarian you.Maka dengan itu time cuti aku ikutla mana-mana bengkel buat kek.Buat pastry .Semua bendalah aku belajar.Walau jarang jumpa rakan seusia,janji ilmu dituntut cukup untuk masa depan.

 Dari papan ke ke pentas peragaan,kepenatan tak pernah sempat ditangisi.Meniti tangga kejayaan bukan mudah yea tak? Langgar jela..esok mula hari yang baru!
 Hujung tahun murah rejeki.Buakn dari segi wang ringgit tapi free gift datang memanjang.Ok.Yang ni pun nak cerita next entri.Tahun depan kot next enti nyer tu.


By the way,bye from now.
Terima kasih yang menyayangi,terima kasih untuk lindungan maha esa.Terima kasih kat mak yang hadiahkan oven sebab kesian tengok kite bake guna oven usang.Terima kasih tak terhingga untuk kasih sayang dan sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi.Semoga syurga menjadi destinasi terakhir kita semua.Amin

And happy new year!!

Bye 2014 

You're not the number that i ll love but i owe you for all the memories .



No comments:

Post a Comment