Jan 26, 2015

Facial For Only RM 30

Assalamualaikum..

Hye! Hye! Hye! Buat ape tu? Tengah diet macam QiQy jugak ke? Alolo .. 1st day yea? QiQy tengah semangat ni nak jaga badan sebab baru buat facial .Dah buat facial baru sedar diri kaw.

Sebenarnya QiQy dah mengalami masalah kulit terbiar ni sejak setahun yang lepas rasanya.QiQy pun bukan sihat mana,selalu sakit makanya kesihatan harus diutamakan.Mende-mende facial-facial ni tak terlintas langsung dek fikiran.Time kerja pun selalu naked face sebab malas nak sental-sental time ambik wuduk dan lagi malaslah.Tehee..Makeup-makeup trus heavy by MUA.Cover terus.Muahaha..

Al-kisah suatu hari dok borak-borak dengan adik ipar bos,dia bagi tau la kat sini facial die cani,kat sane facial die macam tu.Pastuh adik bos pun cakap jugak depa buat dengan harga murah je.Dimana? GROUPON ! 

Mulanya macam tak percaya.Godek punya godek dapat juga beberapa package facial dari harga serendah RM18 hinggalah yang ke RM100.Pun hado.1st time katakan tak nak lah membazir sangat.Sekadar nak cuba-cuba je .Kesian FH selalu tegur tekstur muka aku la ni yang kononnya tak secantik dahulu.Phew! Seayu mana sih aku dulunya mas? !@#$%^&* 

Dalam-dalam nak berjimat,save duit QiQy waras lagi dalam membuat pilihan.Iyelah,kalo ko pilih sekadar cuci muka kau,scrubbing pastuh pasang masker baik tak payah noks! Jemput je QiQy tenyeh muka korang dirumah.Bak RM18..Satel ! Wow.berlagak pandai je QiQy..maaf.Sambung balik sembang tadi.

Sebelum facial QiQy buatla research skit apa yang Aina dok habaq mai kat cheq sebelum tu ha.Diamond peeling ape ke bagai.Dari situ baru tahu facial baik tak baik lagu mana yea doq? Ok..pastu QiQy buatlah perbandingan.Godek punya godek jumpalah Elife Beauty punya facial package.

Tadaaa..tudhia.Berjela explanation untuk package yang aku pilih.Agak-agak kau terjebul tak mata tengok? Dah jimat RM 208.. RM 208 weyh ! Paling tak sabar nampak tak peel treatment with machine tu? Syok nye..tu yang ai tunggu-tunggu.

QiQy wasep awal-awal dengan owner die nak buat appointment sebab due date die 1hb Januari tau tak.Confirm tak sempat punya sebab QiQy malam newyear balik kampung nak semestinya akan berehat-rehat di kampung halaman.Ala sekadar melayan lagu-lagu sang ayam dan burung sambil usik-usik kuching kesayangan.

Proses memujuk berjaya!Owner dia sudi extendkan untuk QiQy,pastuh dapat pulak email dari Groupon cakap tawaran ni dilanjutkan sehingga 15 Januari.Its my birthday! Kejeron tak sabar punya pasal sampai tak sempat nak confirmkan stuju buat facial Jumaat sebelum birthday,kunjungan hanyalah sia-sia.Kene buat appointment sekali lagi.Jumaat satu lagi.

So bermulalah kisah sebenar facial paling murah servis ala-ala golongan atasan.Perasan skejap jadi golongan elit yang duit ada manyak munga-munga.Temujanji Jumaat 12.30pm.

Kalau tak tahu kat mana just call and dierang akan bagitahu.Yang penting kena mendongak ke atas cari blok P7.Tak susah nak cari.Kat Jalan Mendu,ada tokong besar di jalan seberang.
 
 

Just nice dan semua gambar-gambar ni kredit kepada ads depa sendiri.Muehehe.



Katil yang comel.Aman macam kat hotel.Najla teman sekerja tunggu diluar.Mula-mula QiQy diminta tukar baju pakai baju yang dierang sediakan.Senang nak urut-urut nantikan.Pastuh cuci muka macam biasa and so on macam yang dierang terangkan,pastuh part yang ditunggu-tunggu pun tiba.Peeling with machine.Memang best muka kena vacuum.Tak sakit langsung.Lega.Tak lame lagilah prosedure ni siap desis hati kecilku.Alih-alih,terdengar bunyi ketas dikoyak,dang! muka dikorek secara manual !Arghh...ingatkan part ni takde,alih-alih ade jugakkk..i hate it very much.Sabo jela.inilah akibatnya tak menjaga muka.Sakit sungguh bagai ditusuk jarum pastu ditekan pulak bagaikan pipi aku ni doh roti.Kesian,menagis aku siap request tak payah buat area tu,tapi amoi cantik ni tak putus asa,dia bagi QiQy masa untuk bertenang pastuh tenyeh lagi dan lagi.Siap pujuk-pujuk aku.Masa sakit mane mau nyer nak makan pujuk.Tsk
Brand makeup depa.

Selesai buang semua black and whitehead dia suruh aku buka mata tengok ape serum yang die apply kat muka QiQy,QiQy macam baru sedar dari pembedahan dengan lampu bulat memancar wajah terkulat-kulat nak terima maklumat dari amoi.Air mata tak henti lagi mengalir.Malu jugakla pasal congek sangat.

Serum tu QiQy tak nampak pun sebenarnya,QiQy just angguk sahaja,botol die kecik je macam serum,sekali letak tu,macam berjuta-juta semut mengigit wajah QiQy,rasa macam nak garu je,nasib baik amoi cekap trus mulakan Frozen Treatment dengan cooling machine.

Lebih kurang macam ni la machine die.Sejuk dan mendamaikan.Yang ni QiQy suke suke suke!


Forzen procedure ni fungsi die untuk minimizekan balek pori-pori yang telah d steam korek bagai tadi,more untuk recovery la. Satel part penyeksaan,amoi sapukan mask kat muka QiQy.So cool sampai bila habis prosedure tu otak macam masih tak percaya mata dak buka ke belum ni?Koma sekejap.Bukan 2 3 bulan lagi yea..hehe.

Lepastu die sapu antibiotik,pelembap semua,urut kepala dan badan.Wah! Sungguh mendamaikan.The best birthday year ever! Keluar je dari wad kecantikan cari Najla trus kena bebel sebab jam dah pukul 2.30 pm.2 jam telah berlalu kau.Ingatkan sekadar 30 minit sahaja.Tak terasa sebab best sangat-sangat.Yang tak best die muka kena korek.BENCI !

Nak tengok wajah QiQy sebaik sahaja selesai facial? Jangan tekejut macam Najla sudah.

Masa ni sedih bercampur baur tengok muka sendiri.QiQy kongsikan sedikit tips sebelum dan selepas facial di entry seterusnya ok?

Kepada yang nak dapat package tip top dengan harga cikai bolehlah cepat-cepat ke laman web GROUPON MALAYSIA untuk penjimatan terbaik.Kalo yang duduk senanjung lagilah best.Banyak lagi package best boleh dapat.Beli buat hadiah kat mak,adik,kakak or lover pun bulehh..Tak perlu guna duit banyak-banyak.

Till we meet again! 
Wassalam




No comments:

Post a Comment