May 19, 2015

Dapur Log : Resepi Tart Nanas Gebu Gebas

Assalamualaikum ..

Hye,korang dah makan? Aceceh..lunch time ke kite.QiQy makan nasi pulut dalam periuk kera berkuahkan kari u ols..Sedapp!! Satu ofis kongsi padahal time letak dalam bekas dah berkira-kira tak nak letak banyak-banyak nanti xde orang makan.Tipuuu..Padahal tengah kontrol nasfu kari sebab dah 3 hari cheat day makan nasi dengan cencaluk je pun dah menambah-nambah sampai 2 pinggan lagi.Ko paham? Hahaha..

Ok,lets back to our topic.Alkisahnya QiQy telah mendapat idea yang bernas daripada kazen QiQy a.k.a Sida gendot untuk buat come back sempena Gawai Dayak yang akan disambut oleh keluaga sebelah mak QiQy pada 1 Jun kelak.So why dont kami hidupkan balik Page Project Kuih kami yang korang boleh follow kat laman Facebook Fanpage yea (sempat i,u ols nak promot) dengan Gawai Day Sale.Ala jual je ape-ape biskut yang sempat kami nak tenyeh-tenyeh then bakar.

Fyi,product untuk project kuih takdelah sebanyak yang dekat bakery tu memandangkan kami masih lagi diperingkat permulaan dan lagi masih tercari-cari resepi tersedap untuk dicolop terus untuk jadi signature kami kelak.Quality control katakan.Mehehe.Ok,so sini kami persembahkan produk baru kami yang mana makcik-makcik kat luar sana QiQy rasa dah jual lame dah x kecoh pun macam ai.Meheee..Of course la QiQy bangga nih,ade gak product baru.Miahaha..

Dalam nervous takut tak jadi and so on.Ko hengat baking tu senang?Kadang menjadi kadang tak jadi.Ade yang tak jadi-jadi pun hade.Jangan ingat aku yang selalu berangan nak jadi tauke ni tak pernah putus asa.Berkali-kali yea..Tapi bangkit semula bagai tiada apa-apa yang pernah terjadi.Semangat keusahawanan terus mambara.Achewah! 

Pangjang lebar sampai nak nak habis waktu rehat QiQy.Back again to our topic,ekceli buat Tart Nanas ni amat-amatlah mudah ya ampunn...dah dah sedap pulah tu.Ok.Resepi Tart Nanas adalah seperti berikut:

Bahan bahan (badan tart) :

300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor
1/2 camca teh esen vanilla (xde pun takpe)
**Jem nanas secukupnya.QiQy beli yang dah siap kat kedai.

Cara cara :
1) Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
2) Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.Butter dalam suhu bilik.
3) Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4) Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai 

(rub-in method).
5) Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. Kiranya doh 

agak kering, tambahkan butter skit lagi supaya doh senang dibentuk.
6) Simpan dalam peti sejuk seketika,around 30 minit.Nak buat terus boleh skip kaedah ni.
7) 
Masukkan dalam acuan tat gulung,picit dan letakkan jem.
8)Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter or kuning telur yang dah campur pewarna kuning skit.
9)Bakar 180c selama 20-25 minit atau sehingga cantik masaknya. 

(oven kite bakar selama 15 min)
9) Sedap dimakan masa panas. Kalu nak simpan,sejukkan pada suhu 

bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. 


Resepi dah dapat mari cerita skit pasal pengalaman QiQy.Iyela pengalaman orang lain-lain.Resepi boleh dapat kat mane-mane.Tapi kenapa ada yang tak jadi? Sebab cara olahan die tak sama.Macam QiQy,kenapa letak dalam peti sejuk dan sebenarnya QiQy rekomen kat korang,kalau korang nak buat apa jua jenis biskut eloklah perap dalam peti sejuk dahulu.Percayalah biskut korang akan jadi lebih urmph!

Time QiQy buat doh tart nanas ni,cikgu a.k.a cikgu takde so memandai buat sendiri.Cikgu QiQy is FH 's mom.Siyes mom FH soal dapur memang best.Susah nak menolak tak makan kalau beliau yang masak.Pasai mokchik la tite debab.Siape suruh masak sedap sangat? Tehee..

Back to the doh.So doh QiQy macam kering skit,macam mase piping tu die pecah,so dengan semudah ABC boleh trus tambah butter agak-agak dah lembut,cantik mase piping then kompon jadik le biskut nyer yea.Mase QiQy buat ni telur and butter QiQy pukul guna mixer sebab nak texture lebih gebus dan sebati.Then gaul sebati pun dengan mixer jenis yang bentuk huruf K.Letak tepung sikit-sikit then ok.Bagi yang nak mudah,guna tangan pun bolehhh !!

Then satu lagi,untuk dapatkan bite size punya tart nanas,QiQy guna acuan tart gulung yang macam ni,lambat sikit sebab kapasiti tak banyakkan tapi xpe,ini size yang QiQy nak.Mesti customer suka.Kalau budak-budak makan tak membazir.

Kalau QiQy ada jumpa yang jenis pump dengan size acuan yang menepati citarasa bolehlah beli nanti. (sumber blog orang tak ingat ape link.mohon share yea )

Oh ya! Suhu ikut tart tu yea.Macam QiQy Tart bite size dan QiQy pilih kepanasan oven atas bawah siap dengan kipas sekali do 15 minit je dah masak! Beginilah Tart Nanas QiQy.Alhamdulillah menjadi you! Lulus and sedap kata Mak CIk Jamaiyah.. Mehe..


Tadaaa!! Cantik tak? Menyerelakan giteww..


Time the making of.
Ku akui size pun ade gemuk kurus.Kemek sana sini.Takpa takpa,hujung minggu ni kita buat lagi baik noh.

Ekceli niat hati nak buat macam kat bawah ni.Tapi yang ni 2 kali ganda doh yang kat atas so terpaksa tanggukan dahulu .Dan lagi melalui eksperimen QiQy,nak gunting kene guna gunting yang manicure set tu kot.Baru cantik.Kenalah beli satu manicure khas untuk baking story ni.Mane mau nyer guna gunting untuk kegunaan harian ku..kuman berbilion-bilion you.Huhu.


Ko tengok punya tinggi cita-cita aku sebelum buat tart nanas.Nak buat tart landak lah apa lah.Sengaja tak crop supaya korang boleh view blog tuan tanah sebenar nanti yea.Mih mih.
Sekali real life nak buat tak jadik..Ahahahaha..ade mase lebih insya allah Tart Landak akan jadi koleksiku jua.Muahciked!

By the way,sekian sahaja entri untuk kali ini.Best nya buat Tart Nanas ! Terima kasih buat yang sudi order.Majulah Project Kuih untuk nusa dan bangsa! 

Kepada korang yang nak order or kongsi resepi manalah tau kot-kot nak ajak kite buat Tart Blueberry ke ,Strawberry ke apa salahnya .. 

Contact number ai : 016-5754001




Till then.
See you next time.

Selamat Hari Gawai !!




No comments:

Post a Comment