May 13, 2015

Foodlog : Mi Brunei Di Bumi Sarawak

Assalamualaikum ..

Hai hai hai..apa kabare semua nya? Kenapa orang yang dah berkerjaya dan ada duit sendiri mesti membesar dan selalu mengidamkan tubuh dizaman muda mudi? Sebaaabbb..asyik asyik makan luar.Asyik asyik makan luar.Itulah dia.Kenapa malu nak bawa bekal ke pejabat atau masak sahaja menu-menu sihat dipejabat menggunakan microwave.Tak pun makan buah-buahan.Cehh!! Jarang-jarang ok nak nampak.

Ekceli QiQy sendiri tak terkecuali daripada fenomena ini.FH pulak jenis yang suka makan sama-sama sebab kat pejabat dia takda orang melainkan dirinya sendiri,so beliau rajin sangat tau fetch ai kat ofis yang ternyata tak jauh dari ofis FH.Tengahari jumpa-lunch sama,petang jumpa-jogging sama.Pokok pangkalnya hari-hari jumpa kalau FH tak oncall dan macam wajib kahwin je..hehe..

Ok.haritu officemate kite perkenalkan kedai ni.Macam tak percaya pun hado.Kat celah-celah bangunan muzium pulak tu.Boleh dikatakan cafe ni,cafe untuk muziumlah yea.Ok.Ni pergi sekali lagi.Mai kita trace lokasinya ya.

Beginilah pemandangan entrance hadapan yea.
La ni ai rasalahkan,muzium patut menyediakan hidangan hebat,baru seronok nak menjelah ke muzium,takdelah boring.Manusia macam ai kata boring lah..hehe


Mana cafe nya? disini !

 Tengah aku sibuk mengambil gambar buat tatapan dalam blog,orang sekeliling dok sibuk bersengkang mata doq perati je aku,tu yang malaih nak bersnap sakan.Malu ai u ols!

Maka beginilah suasana didalam cafe.Takdela cantik mana tapi kemas.So ok lah yea.Nak makan kat luar pun boleh.Tapi panas selepas hujan ya ampun..enggak mau gue.

Agaknya inilah nama sebenar cafe tu kan..

La ni susah nak cari makanan dengan harga murah.
Sebab tu kadang-kadang rasa lebih berbaloi menjamu selera di tempat-tempat berhawa dingin dengan kualiti makanan yang lebih terjamin walau kadang mengamit rasa jemu yang amat.
Ok jom tukar tabiat makan kepada tabiat suka bersenam.
'krooohh.. kroooh'

Ai order Bihun Mi Brunei.
Hari tu 1st time pergi makan bihun kosong.Tak habis,sekali pekena Bihun Mi Brunei ni,licin!! Nak lagi !
Ekceli Mi Brunei ni dia macam mi sup yang telah ditambah kicap manis siap-siap.
Kalo korang tak brapa suka sangat manis-manis bolehlah add sambal cili merah or cili kicap.
PEDAS tapi ai SUKA!

Kalau FH senap pic aku slalu je ade yang tak kena so biar aku jelah yang senap pic FH.
FH karnivor tegar daging-daging ni of coursela suka yang amat.Lagi-lagi daging dia lembut.

Kami parking kat sini je.Kalau nak parking kat dalam macam dak Ishak & Najla pun buley,just sempit ler nak keluar.

Sebab tak nak tunjuk muka silau macamana si Najla tunjuk makanya aku pose pandang tepi.Tehee
Puas hati makan sedap! oh ya,Najla memesan Mi Pok Brunei


Sekian sahaja.
Thank for blogreading.
huGs!







No comments:

Post a Comment